Friday 25 January 2013

SYARAT DAN PERATURAN


KARNIVAL FUTSAL NUSAJAYA 2013



1. PERATURAN PERTANDINGAN

1.1 PENGENALAN

Pertandingan ini dinamakan KARNIVAL FUTSAL NUSAJAYA Anjuran Pemuda Barisan Setia dengan kerjasama MPJBT,Legoland Malaysia,Suruhanjaya Koperasi Malaysia,1M4U dan MuzaGroup International


1.2 TARIKH DAN TEMPAT

1.2.1 Pertandingan akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : 17 Februari 2013  (Ahad)

Tempat : Gelanggang Futsal,Hutan Bandar MPJBT,Mutiara Rini,Skudai

Masa     : 8.00 pagi hingga 6.00 petang


1.2.2 TAKLIMAT DAN UNDIAN

1.2.3 Taklimat dan undian akan dijalankan pada 16 Januari 2013 ( Sabtu )

         (Tempat : Hutan Bandar MPJBT,Mutiara Rini,Skudai pada jam 5.00 ptg )

1.2.4 Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak pasukan sekiranya tiada wakil.


2. PENDAFTARAN PASUKAN DAN MASA BERMAIN

2.1. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 7 orang pemain termasuk seorang pengurus pasukan

2.2. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan dibenarkan menurunkan seramai 5 orang pemain dan 2 orang pemain simpanan;

2.4. Tiap-tiap pasukan MESTILAH mempunyai 5 orang pemain sebelum satu-satu pertandingan dimulakan. Jika kurang dari  3 orang pemain,pasukan tersebut tidak dibenarkan bermain.

2.5. Perlawanan akan berlangsung selama 10 minit dengan 5 minit untuk setiap separuh masa 


3. PENGADIL

3.1. Pihak penganjur akan menyediakan seorang

pengadil bagi setiap perlawanan;

3.2. Pengadil yang mengadili perlawanan adalah yang

bertauliah dan berdaftar dengan Persatuan

Bolasepak Malaysia (FAM).

3.3. Setiap keputusan pengadil adalah muktamad.


4. FORMAT PERTANDINGAN

4.1. Pertandingan ini akan dijalankan secara kalah mati.

4.2. Jika perlawanan berkesudahan dengan seri, tendangan penalty sebanyak 3 kali akan diberikan

kepada kedua-dua pasukan.Sekiranya masih seri, pemenang muktamad akan dijalankan secara lambungan syiling.


5. PERTUKARAN PEMAIN

5.1. Pertukaran pemain boleh dibuat pada bila-bila masa sepanjang perlawanan.


6. KEMENANGAN PERCUMA

6.1. Pasukan yang lewat ataupun tidakberada dipadang selama 5 minit selepas tiupan wisel pangadil akan dianggap kalah.

6.2. Semua pasukan tidak dibenarkan SENGAJA memberi kemenangan percuma. Sekiranya berlaku pasukan tersebut secara automatik terkeluar daripada pertandingan dan perlawanan tersebut di anggap BATAL.


7. PENDAFTARAN PEMAIN

7.1 Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua Warganegara Malaysia sahaja

7.2 Setiap pasukan yang mendaftar hanya dibenarkan SEORANG sahaja pemain yang pernah mewakili NEGARA dan NEGERI dalam kejohanan KEBANGSAAN, MAKSAK dan SUKMA bagi tahun 2012 hingga Kini

7.3. Pemain Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan. Jika di dapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.

7.4. Jika didapati pasukan atau pemain yang melakukan kekacauan dalam pertandingan yang

berlangsung pemain atau pasukan tersebut tidak akan di benarkan meneruskan perlawanan seterusnya


8. BANTAHAN

8.1. Sebarang bantahan secara bertulis beserta bukti bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia

dalam tempoh 15 minit selepas perlawanan yang dibantah itu tamat;

8.2. Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM500.00 sebelum ianya

dapat dipertimbangkan;

8.3. Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.

8.4 Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah MUKTAMAD.


9. PAKAIAN PEMAIN

9.1. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan 2 set jersi berlainan warna;

9.2. Setiap pemain hendaklah memakai jersi yang bernombor;

9.3. Jika didapati sama warna jersi dalam perlawanan berkenaan, pasukan pertama yang dipanggil

(mengikut jadual perlawanan) dikehendaki menukar jersi.

10.4. Pemain adalah digalakkan memakai Shinpad semasa perlawanan.


10. PENYERTAAN DAN YURAN

10.1 Yuran penyertaan adalah sebanyak RM150.00 (Ringgit Malaysia Seratus Lima Puluh Sahaja) akan di kenakan kepada setiap pasukan.

10.2 Bayaran hendaklah disertakan bersama-sama dengan borang penyertaan dan diserahkan

sebelum 16 Feb 2013 ( Sabtu )

10.3 Borang penyertaan yang tidak disertakan dengan bayaran @ resit bayaran akan ditolak .


11. KECEDERAAN

11.1. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kecederaan dan

kehilangan barang-barang semasa pertandingan berlangsung.

11.2. Walaubagaimanapun pihak penganjur akan menyediakan perkhidmatan Paramedik bagi

membantu pemain yang mengalami kecederaan untuk mendapatkan rawatan awal.



12. HADIAH PERTANDINGAN

12.1 Hadiah-hadiah akan diberi kepada pasukan yang berjaya menyandang gelaran Juara hingga tempat ke lapan.

12.2 Hadiah wang tunai bergantung kepada jumlah pasukan yang bertanding, jika terdapat kurang penyertaan, hadiah wang tunai akan dikurangkan.



13. TARIKH TUTUP PENYERTAAN

13.1 Semua borang penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah serahkan ke urusetia pertandingan pada atau sebelum 4.00 petang  16 Febuari 2013 (Sabtu)




Sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian yang tertera dibawah ini


HAMID                             012 - 7647 209

ROSLI SHAH                     010 - 7128 828

FARHAN                          012 - 7893 698

CHAN                              019 - 7703 285

RUBEN                             012 - 7032 282


e-mail                            futsalnusajaya@gmail.com



SENYUM UNTUK SEMUA :)





No comments:

Post a Comment